Followers

Tuesday, March 9, 2010

Kecerdikan Boleh Dirangsang

Kecerdikan kanak-kanak biasanya diwarisi melalui baka disamping faktor persekitaran kanak-kanak itu membesar. Namun, saya percaya kecerdikan kanak-kanak boleh dirangsang sejak kecil lagi. Maka, saya sebagai ibu mengajar anak saya Haikal sejak baby lagi.

Apabila Haikal masuk 2 tahun 6 bulan, saya mula memperkenalkan abjad A-Z dan nombor 1-10
dalam BM dan BI. Malah, beberapa perkataan mudah seperti cat, dog, kite mula dihafalnya. Bila umur Haikal masuk 3 tahun, dia sudah menguasai dan mengenal huruf dan nombor. Malah, apabila umurnya 3 tahun 6 bulan, dia sudah mampu menghafal nombor 1-100 dalam BI.
Mungkin ada dikalangan ibu-bapa yang mersakan ianya perkara biasa kerana anak-anak anda juga berupaya dalam bidang lain. Namun, sebagai ibu saya turut berbangga dengan apa yang saya usahakan setakat ini sedangkan, ramai kanak-kanak seusia Haikal masih tidak mampu mengenal huruf atau nombor lebih dari 10.

Kini Haikal berusia 3 thun 11 bulan, dan dia sudah mampu menghafal sifir 2 dalam BI dan beralih untuk menghafal sifir 3 pula. Dia juga mampu mengeja dan menulis setiap perkataan dengan meniru melalui buku atau saya ejakan setiap huruf tersebut. Walau pun Haikal tidak pernah memasuki mana-mana pra-sekolah atau nursery, tetapi dia tidak pernah lupa untuk belajar dengan saya dalam kehidupan sehariannya. Dia sama seperti kanak-kanak yang lain suka bermain bersama rakan sebayanya, berbasikal, bermain game di komputer atau psp2 malah mempunyai banyak kelemahan seperti pelat dan masih sukar memahami soalan yang ditujukan kepadanya. Saya bercadang akan memasukkan dia ke sekolah apabila dia berusia 6 tahun nanti. Buat masa kini, saya mampu untuk mengajarnya seperti yang saya kehendaki InsyaAllah.

No comments: