Followers

Wednesday, March 17, 2010

Bila Anak Anda Mula Memaki

Apakah perasaan anda sebagai ibu bila pertama kali mendengar anak anda menggunakan perkataan kurang ajar atau ‘rude’,atau lebih jelas lagi memaki? Tentu sahaja marah bukan?
 Anak saya Haikal 3 tahun 6 bulan pada ketika itu, pertama kali bergaul dengan kanak-kanak yang sebanya dengannya di kawasan perumahan baru kami. Tiap kali balik rumah ada sahaja perlakuan buruk yang ditirunya melalui kanak-kanak lain. Tapi perkara yang saya tidak boleh terima adalah apabila dia asyik sebut perkataan ‘babi’ dan ‘binatang’. Sebagai ibu baru yang tidak banyak pengalaman dan pengetahuan, saya mudah melatah dan memarahinya apabila dia menyebut perkataan ‘babi’. Walau bagaimanapun saya menerangkan bahawa babi itu sejenis binatang yang haram bagi agama kita dan melarangnya menyebut perkataan tersebut. Tiap kali dia sebut saya akan marah. Akhirnya pada suatu hari, dia suruh saya eja perkataan babi dan dia nak tulis di bukunya. Saya eja, dan dia tulis. Kemudian, saya terangkan lagi yang babi itu binatang yang haram dan jijik pada mata orang Islam. Akhirnya seperti faham, dia menyebut “bukan babi tapi, ba..bi..bu..” Baharulah hati saya lega.



Bila saya fikir-fikir, ada pelajaran yang saya perolehi melaluinya. Saya sepatutnya tidak perlu melatah sebaliknya berfikiran positif. Bila Haikal menyebut ‘ba..bi..bu…’ timbul idea untuk menukar perkataan makian seperti ‘babi’ kepada ‘babibu’. Dengan automatiknya Haikal akan teringat tentang pelajaran al-Quran yang pernah saya ajar. Jadi, tiap kali kawan-kawannya memakinya dengan perkataan ‘babi’, Haikal akan menjawab: “salah, bukan babi, tapi babibu”.
 Saya yakin yang Haikal masih tidak faham yang dirinya sedang dimaki oleh rakannya apabila rakannya itu marah, tapi ianya lebih baik daripada Haikal membalas kemarahan dan makian tersebut dengan perkataan yang sama kerana anak-anak akan mula belajar memaki apabila dia mengeluarkan perkataan tersebut. Apabila mereka melihat kesannya kepada orang yang dimaki maka, semakin kerap perkataan itu diluahkan. Bagi kita sebagai orang dewasa, tentu sahaja tidak sedap mendengar perkataan atau makian yang boleh dianggap sebagai kurang ajar oleh sesetengah orang dan tidak sepatutnya kanak-kanak menggunakannya.



Pada saya, sebagai ibu-bapa kita perlu menegur dan ajar anak jika tidak betul termasuklah menggunakan perkataan yang tidak sepatutnya. Tapi ada ibu-bapa yang terlalu menyayangi anak sendiri dan menganggap anak tersebut masih kecil dan bila besar nanti automatic akan pandai. Sepatutnya dari kecil lagi anak itu perlu diajar dan dididik dengan betul. Lihatlah contoh anak saya sendiri dan rakan-rakannya yang baru berusia 3 tahun lebih tetapi sudah pandai memaki dan menggunakan perkataan yang cukup sensetif oleh sesetengah orang.



Saya berharap agar saya mampu mendidik dan mengajar anak saya menjadi seperti apa yang saya inginkan. Sebab itu, saya tidak akan membiarkan anak saya membesar dengan sendirinya dan pandai dengan sendirinya.


bersambung...

No comments: