Tip Hari ini:
1. Bila anak menggunakan perkataan ‘binatang’ kepada rakan-rakanya atau orang sekeliling…
Terangkan kepada anak binatang itu adalah sejenis benda hidup di bumi. Contoh binatang adalah seperti kucing, nyamuk, monyet, ikan, ayam dan sebagainya. Jangan suruh anak marah kawan-kawan atau orang sekeliling dengan menggunakan perkataan ‘binatang’ kerana kita manusia ada otak jadi tidak sama dengan binatang.
Kesan terhadap Haikal:
Tiap kali rakan sebayanya atau kanak-kanak menyebut ‘binatang’ kepadanya atau didengarnya Haikal pasti menyambung dan memberi contoh-contoh binatang yang diketahuinya. Dia akan bercerita yang di dalam hutan ada binatang seperti monyet atau menunjukkan jenis binatang yang dilihatnya seperti kucing, ayam dan cicak yang ada disekelilingnya. Malah, perkataan 'binatang' yang ditujukan kepadanya tidak memberi kesan pun untuk dia marah atau berkecil hati. Jadi, tidak timbul pergaduhan yang berpunca daripada makian kerana di ianya hanya berlaku di sebelah pihak sahaja. Rentetan itu, perktaan 'rude'atau makian tersebut tidak akan berpanjangan.
2. Bila anak memaki dengan menggunakan perkataan lucah…
Sekiranya kita sebagai ibu bapa telah memberi tunjuk ajar dan melarang agar berhenti memaki atau mencarut tapi tidak berkesan maka, tenyeh sahaja bawang putih atau bawang merah pada mulutnya. Bila dia rasa kesannya lama-kelamaan dia tidak berani menyebutnya lagi kerana takut dihukum dengan bawang putih dan bawang merah. Kanak-kanak akan tahu ianya adalah satu kesalahan bila 'punishment' atau hukuman diberikan. Walaupun, ada ibu bapa yang menganggap hukuman sebegitu adalah keras atau tidak bersetuju namun, pendekatan psikologi adalah lebih baik. Tetapi apalah gunanya pendekatan psikologi yang ibu bapa gunakan sekiranya tidak memberi kesan sedikitpun kepada anak itu? Sesekali ibu bapa perlu membuktikan apa yang dikatakannya akan dibuat agar anak-anak berusaha untuk tidak melakukan kesalahan yang sama.
No comments:
Post a Comment