Followers

Monday, March 29, 2010

Bila Anak Anda Mula Memaki - bahagian 2

Tip Hari ini:


1. Bila anak menggunakan perkataan ‘binatang’ kepada rakan-rakanya atau orang sekeliling…

Terangkan kepada anak binatang itu adalah sejenis benda hidup di bumi. Contoh binatang adalah seperti kucing, nyamuk, monyet, ikan, ayam dan sebagainya. Jangan suruh anak marah kawan-kawan atau orang sekeliling dengan menggunakan perkataan ‘binatang’ kerana kita manusia ada otak jadi tidak sama dengan binatang.

Kesan terhadap Haikal:

Tiap kali rakan sebayanya atau kanak-kanak menyebut ‘binatang’ kepadanya atau didengarnya Haikal pasti menyambung dan memberi contoh-contoh binatang yang diketahuinya. Dia akan bercerita yang di dalam hutan ada binatang seperti monyet atau menunjukkan jenis binatang yang dilihatnya seperti kucing, ayam dan cicak yang ada disekelilingnya. Malah, perkataan 'binatang' yang ditujukan kepadanya tidak memberi kesan pun untuk dia marah atau berkecil hati. Jadi, tidak timbul pergaduhan yang berpunca daripada makian kerana di ianya hanya berlaku di sebelah pihak sahaja. Rentetan itu, perktaan 'rude'atau makian tersebut tidak akan berpanjangan.
2. Bila anak memaki dengan menggunakan perkataan lucah…

Sekiranya kita sebagai ibu bapa telah memberi tunjuk ajar dan melarang agar berhenti memaki atau mencarut tapi tidak berkesan maka, tenyeh sahaja bawang putih atau bawang merah pada mulutnya. Bila dia rasa kesannya lama-kelamaan dia tidak berani menyebutnya lagi kerana takut dihukum dengan bawang putih dan bawang merah. Kanak-kanak akan tahu ianya adalah satu kesalahan bila 'punishment' atau hukuman diberikan. Walaupun, ada ibu bapa yang menganggap hukuman sebegitu adalah keras atau tidak bersetuju namun, pendekatan psikologi adalah lebih baik. Tetapi apalah gunanya pendekatan psikologi yang ibu bapa gunakan sekiranya tidak memberi kesan sedikitpun kepada anak itu? Sesekali  ibu bapa perlu membuktikan apa yang dikatakannya akan dibuat agar anak-anak berusaha untuk tidak melakukan kesalahan yang sama.

Wednesday, March 17, 2010

Bila Anak Anda Mula Memaki

Apakah perasaan anda sebagai ibu bila pertama kali mendengar anak anda menggunakan perkataan kurang ajar atau ‘rude’,atau lebih jelas lagi memaki? Tentu sahaja marah bukan?
 Anak saya Haikal 3 tahun 6 bulan pada ketika itu, pertama kali bergaul dengan kanak-kanak yang sebanya dengannya di kawasan perumahan baru kami. Tiap kali balik rumah ada sahaja perlakuan buruk yang ditirunya melalui kanak-kanak lain. Tapi perkara yang saya tidak boleh terima adalah apabila dia asyik sebut perkataan ‘babi’ dan ‘binatang’. Sebagai ibu baru yang tidak banyak pengalaman dan pengetahuan, saya mudah melatah dan memarahinya apabila dia menyebut perkataan ‘babi’. Walau bagaimanapun saya menerangkan bahawa babi itu sejenis binatang yang haram bagi agama kita dan melarangnya menyebut perkataan tersebut. Tiap kali dia sebut saya akan marah. Akhirnya pada suatu hari, dia suruh saya eja perkataan babi dan dia nak tulis di bukunya. Saya eja, dan dia tulis. Kemudian, saya terangkan lagi yang babi itu binatang yang haram dan jijik pada mata orang Islam. Akhirnya seperti faham, dia menyebut “bukan babi tapi, ba..bi..bu..” Baharulah hati saya lega.



Bila saya fikir-fikir, ada pelajaran yang saya perolehi melaluinya. Saya sepatutnya tidak perlu melatah sebaliknya berfikiran positif. Bila Haikal menyebut ‘ba..bi..bu…’ timbul idea untuk menukar perkataan makian seperti ‘babi’ kepada ‘babibu’. Dengan automatiknya Haikal akan teringat tentang pelajaran al-Quran yang pernah saya ajar. Jadi, tiap kali kawan-kawannya memakinya dengan perkataan ‘babi’, Haikal akan menjawab: “salah, bukan babi, tapi babibu”.
 Saya yakin yang Haikal masih tidak faham yang dirinya sedang dimaki oleh rakannya apabila rakannya itu marah, tapi ianya lebih baik daripada Haikal membalas kemarahan dan makian tersebut dengan perkataan yang sama kerana anak-anak akan mula belajar memaki apabila dia mengeluarkan perkataan tersebut. Apabila mereka melihat kesannya kepada orang yang dimaki maka, semakin kerap perkataan itu diluahkan. Bagi kita sebagai orang dewasa, tentu sahaja tidak sedap mendengar perkataan atau makian yang boleh dianggap sebagai kurang ajar oleh sesetengah orang dan tidak sepatutnya kanak-kanak menggunakannya.



Pada saya, sebagai ibu-bapa kita perlu menegur dan ajar anak jika tidak betul termasuklah menggunakan perkataan yang tidak sepatutnya. Tapi ada ibu-bapa yang terlalu menyayangi anak sendiri dan menganggap anak tersebut masih kecil dan bila besar nanti automatic akan pandai. Sepatutnya dari kecil lagi anak itu perlu diajar dan dididik dengan betul. Lihatlah contoh anak saya sendiri dan rakan-rakannya yang baru berusia 3 tahun lebih tetapi sudah pandai memaki dan menggunakan perkataan yang cukup sensetif oleh sesetengah orang.



Saya berharap agar saya mampu mendidik dan mengajar anak saya menjadi seperti apa yang saya inginkan. Sebab itu, saya tidak akan membiarkan anak saya membesar dengan sendirinya dan pandai dengan sendirinya.


bersambung...

Thursday, March 11, 2010

Merangsang Minda Anak

Bagi merangsang minda anak untuk menjadi anak yang pintar perlu dilaksanakan sejak awal kanak-kanak lagi. Berikut adalah beberapa langkah yang saya lakukan terhadap anak saya sejak mengandungkannya yang ingin saya kongsikan bersama ibu-bapa di luar sana.
1. Semasa mengandung, saya amalkan membaca Al-Fatihah, 3 Qul, surah Kursi dan selawat banyak-banyak kemudian mengusap baby dalam perut. Alhamdulillah, amalan ini turut memudahkan saya bersalin semasa melahirkan anak kedua.
2. Tiap kali hendak menidurkan baby dan anak sulung, saya menyanyikan lagu yang saya reka sendiri yang mengandungi ayat Asy-Syura dan selawat nabi. Ayat Asy-Syura adalah untuk merapatkan hubungan kasih sayang antara keluarga dan sesuai untuk dibacakan kepada anak yang nakal dan degil. Bagi saya, mencegah adalah lebih baik.
ayat Asy-Syura: 19

3. Sentiasa bercakap dan bercerita kepada baby dan anak
4. Bila membeli permainan, pastikan setiap permainan mempunyai unsur pembelajaran disamping ianya selamat untuk kanak-kanak.
6. Tiap kali anak menunjukkan prestasi yang baik, berikan ganjaran, paling tidak puji anak anda atau berikan ciuman dan kasih sayang.
7. Berikan tugas yang mudah dan mampu anak laksanakan. Kanak-kanak suka bila dia turut terlibat dalam sesuatu tugasan yang kita lakukan seperti menyidai kain, membasuh pinggan dan sebagainya.

Tuesday, March 9, 2010

Kecerdikan Boleh Dirangsang

Kecerdikan kanak-kanak biasanya diwarisi melalui baka disamping faktor persekitaran kanak-kanak itu membesar. Namun, saya percaya kecerdikan kanak-kanak boleh dirangsang sejak kecil lagi. Maka, saya sebagai ibu mengajar anak saya Haikal sejak baby lagi.

Apabila Haikal masuk 2 tahun 6 bulan, saya mula memperkenalkan abjad A-Z dan nombor 1-10
dalam BM dan BI. Malah, beberapa perkataan mudah seperti cat, dog, kite mula dihafalnya. Bila umur Haikal masuk 3 tahun, dia sudah menguasai dan mengenal huruf dan nombor. Malah, apabila umurnya 3 tahun 6 bulan, dia sudah mampu menghafal nombor 1-100 dalam BI.
Mungkin ada dikalangan ibu-bapa yang mersakan ianya perkara biasa kerana anak-anak anda juga berupaya dalam bidang lain. Namun, sebagai ibu saya turut berbangga dengan apa yang saya usahakan setakat ini sedangkan, ramai kanak-kanak seusia Haikal masih tidak mampu mengenal huruf atau nombor lebih dari 10.

Kini Haikal berusia 3 thun 11 bulan, dan dia sudah mampu menghafal sifir 2 dalam BI dan beralih untuk menghafal sifir 3 pula. Dia juga mampu mengeja dan menulis setiap perkataan dengan meniru melalui buku atau saya ejakan setiap huruf tersebut. Walau pun Haikal tidak pernah memasuki mana-mana pra-sekolah atau nursery, tetapi dia tidak pernah lupa untuk belajar dengan saya dalam kehidupan sehariannya. Dia sama seperti kanak-kanak yang lain suka bermain bersama rakan sebayanya, berbasikal, bermain game di komputer atau psp2 malah mempunyai banyak kelemahan seperti pelat dan masih sukar memahami soalan yang ditujukan kepadanya. Saya bercadang akan memasukkan dia ke sekolah apabila dia berusia 6 tahun nanti. Buat masa kini, saya mampu untuk mengajarnya seperti yang saya kehendaki InsyaAllah.

Sunday, March 7, 2010

Terkena cili

Jika anggota badan terkena cili, tentu sahaja berasa pedih. Jika kanak-kanak yang terkena tentu akan meraung kepedasan.

Sekiranya anggota badan terkena cili, petua untuk meredakan kepedasan dan kepedihan adalah dengan mengambil beberapa helai daun cili kemudian eluskan atau sapukan sahaja daun cili tersebut di tempat yang terkena cili tadi sambil membaca selawat keatas nabi. Insya-Allah ianya berhasil.

Semoga petua ini dapat membantu anda.

Wednesday, March 3, 2010

Mataku Merah Ditumbuk Timor

Ada seorang pelancong dari Timur-Timor melancong ke Malaysia. Sebaik sahaja tiba di Malaysia dia terus mencari kedai kaset dan mencari sesuatu di dalam kedai kaset tersebut."Mahu cari apa Tuan, boleh saya bantu?" Tanya pekedai itu berhemah.
Pelancong Timor: "Bulan lepas,Amy datang ke Indon promosi album...jadi saya mau beli kasetnya yang terbaru"
Pekedai: "Boleh saya tau apa tajuk albumnya?"
Pelancong Timor: "Yang saya pasti, judulnya itu ada menyebut tentang Timor...ya baru saya ingat...judulnya ialah, Mataku Merah Ditumbuk Timor!"
Pekedai itu terpinga-pinga sambil berfikir-fikir.
Pekedai: "Boleh saya tahu kalau Amy yang Tuan maksudkan sebenarnya Amy yang mana satu? Amy Search ke atau Amy Mastura?"
Pelancong Timor: "Loh...sudah tentu Amy kumpulan Search yang rock itu".
Pekedai: "Setahu saya, tiada lagu Amy Search yang berjudul begitu."
Pelancong Timor: "Ala...itu pak...yang berduet sama kumpulan nashid."
Pkedai: "Oh...lagu Amy yang itu bukannya bertajuk Mataku Merah Ditumbuk Timor..tapi Mentari Merah Di ufuk Timur."

Pelancong Timor berasa sedikit malu kerana tersilap tajuk lagu sedangkan dia betul2 ecited sebentar tadi. Manakala si pekedai berasa geli hati mengenangkan si Pelancong Timor tersebut.

Morale of the story:
Jangan main pakai dengar perkataan lebih kurang je...sebaliknya pastikan maklumat yang didengar itu sahih dan tepat. Paling selamat, cari sumber maklumat tersebut diperolehi.

Terapi Kurangkan Kesakitan

Jika saya mengalami kesakitan yang teramat sangat contohnya seperti yg terbaru, saya mengalami sakit gigi selepas cabut gigi bongsu. Sakitnya buatkan saya tak dapat tidur. Jadi saya amalkan membaca selawat sebanyak yang boleh untuk mengurangkan kesakitan. Alhmdulillah...kesakitan yang saya alami diringankan Allah dan akhirnya saya boleh tidur.
Amalan ini saya pernah lakukan semasa di bilik bersalin anak kedua pada tahun lps,alhamdulillah ia adalah terapi untuk mengurangkan kesakitan. Sejak itu saya sering mengamalkannya.